Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi dengan diikat jamin Polis. Anwar dilihat meninggalkan IPK KL bersama keluarga dan menuju pulang ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.
Sankara ketika ditemui diluar Pejabat IPK Kuala Lumpur tempat di mana Anwar ditahan semalam memberitahu bahawa beliau bercakap dengan pegawai yang mengendalikan kes ini di mana pegawai tersebut memberitahu bahawa Anwar akan dibebaskan hari ini jam 1 petang.
"Saya menerima panggilan dari salah seorang dari Pegawai Penyiasat dan mereka bersetuju untuk Anwar dijamin" kata Sankara yang tiba di IPK KL jam 9 pagi tadi.
Anwar dijadualkan memberikan kenyataan akhbar jam 2 petang ini. Anwar tidak didakwa tetapi mesti melaporkan diri semula kepada Polis pada 18 Ogos nanti.
Anwar ditahan jam 12.55 tengahari semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Ibupejabat BPR kerana memberi keterangan tentang dakwaan beliau terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.
Sumber : Malaysiakini
About Me
Khamis, 17 Julai 2008
ANWAR DIBEBASKAN 9.45 PAGI TADI
Diposting oleh
sukur
di
11:41 PG
0
komentar
Langgan:
Catatan (Atom)